Bila mahu berfikir, apa-apa jua boleh dijadikan sumbernya. Hatta bila melihat seorang anak kecil bertatih.
Bila anak itu dibiar jalan bertatih, dia cuba memaksima kebolehannya untuk berjalan, walau sukar. Banyak kalanya, dia jatuh. Dan, sang ayah itu berlari mendapatkan anaknya. Dipimpin bersama. Baru mudah langkah mereka.
Apa yang aku dan kalian fikirkan?
Di mata ini, serasa Allah tunjukkan bahawa manusia ni penuh dengan inkuirinya. Semangat benar nak tau sesuatu, nak eksplore apa aja. Iya, kehendak tak terbatas.
Jika benar metodnya, kita pasti ketemu apa yang nak digeledah itu. Tapi jika salah, kita akan kecundang. Seperti buat eksperimen di makmal. Salah teori, salah bahan..meletup! Salah hala, boleh jadi penyamun di kota. Benar cara, kita boleh berbangga menjadi seorang manusia yang berilmu dan berbudi pada manusia lain.
Anak kecil itu. Allah bagi dia kebolehan bertatih.
Dan, semasa anak kecil itu jatuh dalam tatihannya, jika masih ingin menoleh dan mengharap pertolongan, sang ayah berlari membantu. Kadang anak kecil itu menolak pula dari dibantu, masih juga nak berjalan tanpa bantuan. Dan ayahnya akur, dibiar anaknya belajar sendiri.
Aku senyum :)
Bagai kita yang Allah beri segala macam kebolehan juga. Lantas, kebolehan itu kita gunakan dalam hidup. Buat itu dan ini. Ada kebolehan yang kita dah lama perasan, dan ada juga keunikan yang baru kita sedar tentang diri sendiri. Pada usia 18? 36? 58??
Itu pun sebab ada orang beritahu. Jika tak, kita pun tak tau yang kita ada bakat melukis, ada bakat bercakap di khalayak, ada suara ala-ala Awie, persis Datuk Syarifah 'Aini..peh!
..ataupun Mawi..hehe ^_^ V
Segala potensi yang tersembunyi takkan terkeluar jika kita tak mencuba, selagi kita tak berfikir dari sudut yang lain:) Kita takut diejek sebab melakukan kesilapan. Kita tak berani dan lebih fikir apa orang kata. Singkat dan jumudnya nilai fikir begitu.
Itulah aku dalam banyak masa, atau mungkin kalian juga? :)
Dan kawan, Allah juga beri kita kebebasan memilih :)
Kasih Tuhan tak membiarkan kita sendiri. Baiknya Tuhan pada kita. Diberi peluang untuk memilih, pada sekalian nikmat kehidupan. Pilih antara dua. Mudah ceritanya: Nak ke syurga atau neraka? Biasnya pada tiap kehendak dan laku kita di Bumi ini.
Dan..diberi peluang untuk mencuba juga. Kalau salah itu, cuba ini. Salah ini, cuba yang lain. Fikirlah mana yang sesuai. Selagi Allah tak kata 'no'. Langsung, kita belajar banyak tentang try and error dalam hidup.
Nilai cause and effect - sebab dan akibat :)
Tuntas, anak kecil itulah kita dan ayah itulah Allah : yang sering bersama-sama. Ke mana pun dan dalam apa jua perkara kita lakukan, Dia memantau dari jauh. Sama ada kita nak pilih sendiri, nak mencuba sendiri atau nak meminta pertolonganNya (selalunya masa kita susah aja:) ....
Allah sentiasa memerhatikan kita.
2hb April 2006 - di meja study. Taman Ilmu dan Budi :)
No comments:
Post a Comment